LOGO

LOGO

Isnin, 21 Julai 2014

Sejarah SK Kuala Nyalau

Sebelum wujudnya SK Kuala Nyalau, penduduk kampung menghantar anak-anaknya belajar di SK Kampung Hulu Nyalau.
Beberapa penduduk kampung iaitu :

  • Allahyarham Salam bin Baruddin
  • Allahyarham Isa Bin Abit
  • Ketua Kaum Saibi Bin Tuah
Mereka semua telah bersepakat mendirikan sebuah bangunan kecil daripada kayu. Bahan asasnya ialah kulit kayu dan atap nipah. Satu rombongan Allahyarham Isa Bin Abit telah membuat lawatan ke Miri untuk mendapat sokongan politik bagi mendesak PPD untuk menghantar guru mengajar di sekolah yang baru didirikan itu.
Pada mulanya, PPD Miri keberatan untuk menghantar seorang guru .
Satu lawatan khusus telah dibuat ke Kuala Nyalau untuk mengadakan sesi dialog agar anak penduduk kampung bersekolah di SK Kampung Hulu Nyalau namun tidak berjaya.
Tanggal 8 Mei 1975, rombongan sesi dialog telah dilakukan oleh Pegawai Pelajaran Miri, Encik Yusuff Bin Hanifah telah membuahkan hasil.
Bangunan asal yang dibina oleh penduduk kampung telah dirobohkan dan dibina dengan bangunan yang lebih kukuh.
Semua bahan keperluan kegunaan sekolah dihantar terus dari Miri, ia diangkut dengan menggunakan kapal kerajaan yang bernama “Lorna Don”.
Pada tanggal 24 April 1975, upacara perasmian SRK Kuala Nyalau telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelia Sekolah Encik Wan Ahmad Habib Bin Salleh.
P&P bermula pada 15 Mei 1975 dengan seorang guru sandaran iaitu cikgu Nyala anak Undi sebagai “pengasas”.
Asrama Sekolah Kebangsaan Kuala Nyalau mula beroperasi pada Tahun 1983.